Hope...mungkin tajuk blog ni terlalu ringkas tetapi harap ia terlalu mendalam..mungkin di sini lah tempat aku meluahkan segala apa yang aku rasa..dalam isi hati aku..mungkin, hanya aku sahaja yang membaca blog ini..Hope, dalam kamus bahasa Inggeris bermaksud harapan..setiap insan di muka bumi ini pasti mempunyi harapan, impian dan matlamat hidup sendiri..tiada matlamat hidup, tiada arah tuju manusia yang ingin dicapai.. jika ditanya orang gila sekalipun, mereka pun ada impian..apa lagi kita sebagai manusia biasa yang diberikan akal..
Apakah harapan penulis blog ini?
selepas aku menamatkan pelajaran di peringkat ijazah (insyaallah)..aku terus mencari kerja yang aku idamkan selama ini. bila aku dah dapat kerja. aku akan menyara keluarga aku dahulu. keluarga aku banyak membantu aku..kalau tak, aku mungkin tak berjaya sampai dapat melanjutkan pelajaran sehingga diploma, setelah setahun aku bekerja, aku akan berjumpa insan yang aku sayang selama ni, khuzaimah.. aku akan jumpa keluarga dia dan berbincang tentang masa depan kami berdua. aku akan berusaha temukan kedua parent aku dengan parent dia. aku tak nak sia sia kan hubungan kami. aku harap aku dan dia berkekalan sehingga aku pejamkan mata. tapi sebelum aku propose khuzaimah, aku akan mengambil keputusan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu. aku ingin memohon keampunan dan keredhaan kepada yang maha-Esa di Tanah Suci sebelum aku bersedia untuk menjadi seorang suami kepada insan yang bernama khuzaimah, aku tak kan berhenti berdoa agar impian aku menjadi kenyataan. Ya Allah, kurniakan hamba mu ini semangat untuk terus berusaha mencapai hasrat dan impian yang telah lama aku idamkan selama ini.
hingga hujung nyawa
Aminnn.........
#pesanan dari ibu kepadaku
*ibu nak nnti kalo abang dah kerja esok..pergi wat umrah...mana la tau jodoh yang kamu nantikan tu menjadi,
*ibu tak kisah kalo nak 'kawan' ngan khuzaimah, tapi, ibu nak kamu berdua jangan abaikan pelajaran, fokus pelajaran dulu, dah kerja esok baru boleh fikir bab orang dewasa ye
*'kawan' ngn khuzaimah itu elok2,
*ibu bukan x kasi nak keluar jalan2 ngn kawan abang, tapi tolong paham masalah family dulu, ibu yang cari duet, kamu dah keje ke?
*ibu tegas ngn dia(khuzaimah) tu bukan pe, ibu sayang dia, kalo asek leke je ngn hubungan, camne nak fokus belajarnye nanti
*tugas abang belajar, nak kawan ngn sesiapa ibu x kisah, yang penting, kawan tu boleh dorong kamu berjaye, tu je
itulah pesanan ibu yang masih segar dalam ingatan, walaupun ibu aku tegas, tapi ketegasan beliau menyebabkan aku mampu sampai ketahap macam ni..abang sayang ibu..akulah anak harapan beliau. aku paham kenapa ibu aku berat nak lepaskan aku ketangan orang lain. ibu, insan yang teristimewa dalam hidupku, aku harap aku dapat menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan ibuku, tempatkan beliau nanti bersama-sama orang yang beriman di syurga kelak, Amin...
roda impianku....
ps: sesungguhnya segala yg buruk datangnya dari saya...dan yg baik2 itu adalah dari Allah....maafkan andai ada tersalah kata atau tersinggung rasa...
No comments:
Post a Comment